May 6, 2011

Selamat Hari Ibu, UMI ku...

Assalamualaikum.

Selamat Hari Ibu aku ucapkan terutama pada umi tercinta ! Dan.. tak lupa pada semua ibu-ibu di seluruh dunia mahupun yang bakal menjadi IBU yee :)

Okay, simple. Semua orang sayang ibu masing-masing. ye tak ? Yes, itu wajib ! So dah beli hadiah untuk ibu-ibu korang ? HIHI. Pada aku, hanya ucapan dah lebih dari cukup sebagai 'gift' di hari ibu. Takpun, dinner bersama family tercinta. For sure seronok ! Kan. kan.. Yang penting niat tu kena betul. Sentiasa mendoakan kesejahteraan IBU kita dan jadi anak yang soleh dan solehah. Tak gitu? sama-sama lah kita ye :) Keberkatan untuk ke syurga di akhirat sana....

Duk cakap-cakap pasal MOTHER'S DAY ni kan.. Act, aku tak tahu sangat bila sebetul-betulnya tarikh untuk hari bermakna bagi para-para ibu ni. yang aku tau hanya pada bulan Mei.. Bila agak-agak dah kecoh  kat radio atau TV pasal hari ibu, dengan itu... aku akan terus wish pada UMI aku. HIHI. Takpe la kan.. Kan aku dah cakap, yang penting NIAT tu.. (alasan)

Ni haa.. nak bagitau, sepanjang aku sambut hari IBU, belum pernah aku belikan hadiah-hadiah yang class gitu ! pada umi aku. Paling mahal pun aku beli sejambak bunga. Waah gitu ! romantik kan aku ? Tapi tu pun bunga mati je. Bukan ape, nak kasi UMI aku simpan bertahun-tahun lamanya. HIHI. See ! Bunga tu ade lagi, elok je menghiasi meja makeup dalam bilik UMI. Bukan lah aku tak mau berkorban duit, tapi asal hari IBU je mesti timing yang aku tengah pokai ! (alasan lagi) Yelah, memandangkan aku ni masih di bawah tanggungan keluarga. Tapi takpe ! Macam aku cakap. NIAT tu yang penting ! HIHI.

Cuma, hari IBU untuk tahun ni... aku agak terkilan sebab UMI outstation. So, tak dapat lah nak celebrate sama-sama. Mungkin, hanya ucapan dari jauh. (muka sedih). Okay la tu kan, asalkan semua nya baik-baik saja, cukuplah. Ye tak ?

Okay, sambil-sambil tu aku nak kongsi sikit beberapa persamaan antara UMI dan AKU. Korang pun boleh cuba. Sumbatkan ni kat entry hari ibu korang :) (tiada paksaan ataupun T&C)

1. Rupa paras.
- Act, aku agak conpiuss ye disini. Dulu time kecik-kecik orang kata aku banyak ikut muka abah tapi bila dah besar ni aku banyak dengar orang kata ' ehh ita ! (nama umi aku) si wanifierdani macam muka kau time muda-muda dulu lah. ' Hmm, lebih kurang camtu la. So for short, aku banyak ikut UMI lah. Kott. :)

2. Health & Beauty.
- Aku rasa ni yang kebanyakkan wanita suka. Ahh aku tak kira ! Aku tetap nak cakap aku sama macam umi.
Kitorang suka pergi shopping, facial, menicure & pedicure. Pendek kata, semua sama-samalah nak-nak pasal kecantikan. Haa.. lelaki, kau jangan buat muka menyampah. HAHAHA.

3. Jalan cepat.
- HAHA. Kami berjalan kaki dengan cepat. Mungkin kami berdua mempunyai kaki yang panjang. Tapi, walau cam mana pun, kami tak pernah masuk acara/pertandingan jogaton ke maraton ke atau apa-apa lah yang melibatkan olahraga :) Aktiviti berjalan dengan cepat ni banyak aku and UMI peraktikkan time kami shopping ! ( errr.. shopping lagi )

4. Senang membantu.
- Pada aku, UMI seorang yang suka membantu. Bantu dari segi apa ? Tak kira lah membantu dari segi duit, mendengar masalah ataupun kaunselor percuma ! Honestly, UMI selesa bila dia dapat bantu orang. Itu dah lebih dari cukup untuk buat dia puas hati dan happy. Dan, aku rasa... aku dah jadi ' follower ' UMI untuk bersifat sebegini. waah gitu ! ( Mr. F kalau baca ni mesti nak pengsan ! ) HIHI.

5. Mudah menangis.
- Aku sangat2 akui yang kami berdua adalah cengeng ! Kalau kami bercerita pasal something yang sedih walau sikit punya hal, tengok cerita/drama, ataupun menjadi mangsa dalam apa jua keadaan, kami lega bila dapat menangis ! Tapi aku takda lah se 'cengeng ' UMI sampai tengok cerita hindustan yang guling-guling sana sini tu tiba-tiba heroin dan hero kena terpisah dek keadaan tu pun nak menangis. HAHA. Haa, itu bukan aku. Itu UMI aku. Kadang-kadang aku tengok heroin hindustan tu belum nangis tapi UMI aku dah tersedu-sedu dah ! :)


Lagi.....


Ehh. Ehh.. cukup lah tu. Nanti banyak la aku kantoi ! HAHA. Korang pulak buat ye, pastu aku nak baca ! :)


Last but not least, UMI... orang sayang UMI walau apa pun terjadi even secara tak sengaja atau pun di luar duga... :')





note: hargailah IBU selagi mereka ada...



19 comments:

Aimie Lieyana said...

love my mon..
hehe tetiba menyibok lak kan..

WANIFIERDANI said...

@Aimie Lieyana:

ehhee.. tak lah..

semua syg IBU kan.. kan.. :)

gabanMorka said...

hari Ibu kat Malaysia biasanya berlaku pada second Sunday of May, iaitu jatuh pada 8hb tahun ini

WANIFIERDANI said...

@gabanMorka:

ouh yaa.. baru tahu.

btw, thanks incikk gaban ! ;)

diari hati said...

Slmt hari ibu pd smue yg b'gelar ibu..especially, my mom..sy syg ibu sy..miss u 4ever..muahh3

WANIFIERDANI said...

@diari hati:

HIHI.. sejuk hati baca komen2 anak solehah semua ;)

r-5 said...

wah2 dia ni memang anak ibu neh. hahah. mesti manja kan, sampai semua nk tiru ibu dia. ;p

Edy Fee said...

hikhik terkejut jugak engok post ni...awal betul hri ibu..huhu

Liza Razak said...

muka saya sama macam mak saya..boolat!!hehe

WANIFIERDANI said...

@r-5:

mana tumpahnye kuah kalau tak ke nasi.. :p ye tak ?

WANIFIERDANI said...

@Edy Fee:

HAHA. takpe asal bulan MEI ;)

WANIFIERDANI said...

@Liza Razak:

HIHI, boolatt tu kan comel :)

HAJAR hasan said...

selamat hari ibu umi~ ;)

selipar biru said...

selamat hari ibu =)

LaDy DrEaM's... said...

Betol la, yang penting niat kita sampai & sedikit kissing2 manje... hehehe

Takat ni yang i mampu hanya beli cake & makan2 denganya... Aku pun patutnya bakal jadi ibu tapi tak ada rezeki kan(gugur). Apa pun selamat hari ibu buat ibu sedunia...

WANIFIERDANI said...

@LaDy DrEaM's:

tape, insyaAllah ade rezeki nanti :)

Miza Yusof said...

SELAMAT HARI IBU :)

terima kasih komen dekat blog Miza :)

Jemput ke:
1. Blog Miza Yusof
2. Miza Yusof & Photo Blog

asybedazzle said...

selamat hari ibu kepada semua ibu2 dalam dunia ni, especially umi awak jugak :)

WANIFIERDANI said...

@asybedazzle:

terima kasih ! :)