Apr 21, 2011

Tak Suka, Tak Mengapa.

Kadang-kadang, kita rasa kita takda buat salah pada orang. Tapi tiba-tiba orang nak memusuhi kita. Okay, tak mengapa. Lepas tu, kita rasa kita memang tak pernah nak ambik tahu hal orang. Tiba-tiba orang pulak menyibuk hal kita. Okay tak mengapa.

Bila kita diam, bila kita ambik remeh dengan mengatakan ' ahh, takda apa sangat pun ', wahh.wahh ! makin menjadi-jadi ye orang-orang di luar sana tu. Itu bukan tak mengapa, itu tak boleh !

Dalam hidup ni adat lah. Semakin kau membesar, semakin jauh kau pergi merantau. Dan, semakin kau jauh semakin ramai kawan-kawan yang kau akan jumpa seterusnya wujudlah hubungan rapat antara kau dan mereka. Tapi, beribu-ribu kawan pun kau jumpa, tak mungkin kau melupakan kawan-kawan lama yang pernah menceriakan hari-hari kau dulu.

Jauh sekali kau nak melupakn ataupun memutuskan hubungan persahabatan. Biasalah, bila masing-masing sibuk belajar dan sekarang ada yang dah masuk ke alam kerja bagai. Masa tu memang dah takda untuk kau nak always concern pasal segala aktiviti harian kawan-kawan kau yang dulu kala tu. Even nak jumpa pun walau free, kadang-kadang tu mesti clash dengan hal-hal lain yang kau tak dapat nak elak.

Dan sekarang, kau kena paham lah yang masing-masing ada hidup sendiri dan bukan lah macam zaman dulu macam zaman lepak tak sudah dengan geng-geng lah kononnya. Now, semua orang get connected through FB kan. Tapi tak semestinya, kau nak kena always duk comment pic, comment itu ini hanya untuk shows yang kau tu tak lupa member. Tolong lah berfiriran sedikit kedewasaan. Dan tolong faham masa dah berubah.

Sebab hal yang aku rasa remeh ni, tak sangka telah memburukkan nama aku. Dan atas penyampaian yang bernas dari mulut ke mulut, aku di cop as orang yang lupa kawan. Sebab ?? Sebab aku tak duk melepak bersama, hang out bersama, duk comment itu ini dalam FB and sebab tak duk chatting2. Okayy memang merepek kau tepek word 'lupa kawan' pada aku.

Dan, atas sebab mulut ke mulut yang sangat lah petah berkata-kata, datang lagi satu cerita yang konon nya, aku menggunakan nama orang lain untuk tutup kesalahan diri sendiri. Haah ?? Ape tu ? Apa yang aku guna dan di guna ? Bila berita dari mulut ke mulut. Kau paham-paham lah, isu penokok tambahan tu memang lah confirm ada ! Tak mungkin tak ada. Kalau tak, takkan cerita yang pada mulanya hal remeh ni, boleh jadi macam ala-ala cerita hotttsss sangat !

Okay lah kawan-kawan ku yang dulu kala. Keadaan dah berubah, masing-masing ada hidup sendiri. Bukan lah aku lupa kalau sekalipun aku tak melepak dengan kau semua. Dan kalau tak suka, tak apa. Ada ramai lagi kawan lain. Tolong lah jadi bijak, kalau tak suka mehh la jumpa depan-depan dan terus terang. Itu lebih afdal dari kau nak post status konon macam kau 'mangsa keadaan' dan kau pulak 'ditinggalkan kawan baik' seterusnya kau mintak simpati orang komen-komen dengan komen yang aku rasa kebanyakkan nya tak bernas ! Hanya setakat nak penuhkan comment box kau semua je.

Itu kelakar sangat okay. Selalu kita akan dengar kawan sekiling yang fitnah kita. Tapi ni lain pulak, kawan yang bertahun lamanya aku tak jumpa tiba-tiba buat isu hotttss. Mata tak nya, kawan sekolah rendah aku darjah 4 tahu ! kelakar sungguh, tak sangka pun ada. HAHAHA.

Mulanya, rasa down sangat. Tapi bila pikir-pikir tak guna nak bersedih sebab semuanya tak berasas ! Mungkin mereka semua tu terlalu bermain dengan emosi yang tak terkawal kot. HAHA. Apa pun, kalau kita ikhlas berkawan, perkara remeh macam 'tak join lepak' atau 'tak hangout bersama' tu tak jadi hal pun.
Come on, belajar dah nak sampai ke degree. Dah kerja pun ada. Dah jadi mak budak pun ada. Be matured walau sedikit, boleh ??


note: kesian, bila tak hal, nak jadikan hal.

10 comments:

Sang Gabriel said...

itu lumrah alam. kite xleh puaskan semua pihak, n pihak tersebut tak semestinya paham intention kite

tapi untuk membuat perspektif sendiri tanpa merujuk pihak kite, itu melampau. dan seperti kata kau, itu tersangatlah tidak matang

amai hamzah said...

ape la kawan mcm tu. setakat ni aku tak pernah lg la jumpe kawan mcm tu. or kdg aku tak perasan ke. hahaha. takpe lah wanie, i think org2 mcm tu kurang kasih syg kot? tu saje post entah pape mtk simpati, harapkan org LIKE sejuta kali. pd aku, org2 mcm tu, ko buat bodoh je wanie. buat hal sendiri. nnt esok2 ko da berjaya, baru die nk ngaku ko kawan bagai. biasa la tu manusia. kite susah ditinggal, sng nnt die cari.

Wani Ghazali said...

amai hamzah: thanks amai kerana memberi aku kekuatan

sangat2 m'hargainya.. :)

memang merepek nak post2 fb bagai,

and paling penting skrg, mmg aku nak buat tak tau je.

nnt, diorang akan ter[ikir sdri.

Wani Ghazali said...

gabanMorka: ya betol..

mmg tersgt seronok bile kite buat kesimpulan sdri on behalf org lain.

sbb yg nmpak kan bodoh sgt diri tu di pandangan org ni.

HUH ! gerammm sgt.

Botak@Jambul said...

alololo..Nyahhh... x mo la sedih ekk nok...adat la dunia.. sape kite nak senangkan hati sme org.... ;-)

Wani Ghazali said...

botaL@Jambul: aihhh, tak habis lg sakit kau ehh.. :)

tu la kan, mane mampu nak senangkn hati semua pihak.

Anonymous said...

it's not matured at all..sabar jelah dpt mber mcm tu..x patut betol kan..

Wani Ghazali said...

azeelia azman: thanks babe :)

FIRDAUS HAMZAH said...

pukul je wani...bg aku alamat dgn gambar org tu...aku skang dh mnceburi bidang gansterism,stakat 120kg xde hal..

Wani Ghazali said...

firdaus: HAHA. okayy beress..

nanti haaa :)