Apr 7, 2011

Orang Miskin Dilarang Sekolah

" Jangan takut untuk berimpian besar. 
Kerana orang yang tidak punya impian bereti tidak punya cita-cita dan masa depan "


Sebuah novel tragedi tentang persahabatan. Mimpi-mimpi yang tidak terjamah.



Aku adalah penggemar novel-novel cinta and sampai satu tahap aku dah bosan dengan novel-novel tu sebab jalan cerita semua nak sama je. Okayy time for change ! One day aku pergi usha-usha novel kat POPULAR. Belek punya belek, aku macam interested kat tajuk ni " orang miskin dilarang sekolah ". Lepas baca sinopsis, okayy confirm beli ! :)


Novel ni adalah karya WIWID PRASETYO. Tengok nama je pun dah tau kan, orang indonesia. So forsure hasil tulisan and cerita-cerita dalam novel ni bertempat di Indonesia dong ! :) Novel ni adalah best seller. For short, ia adalah sketsa mengenai kemiskinan yang menjerat kehidupan. Dimana anak-anak miskin dilarang sama sekali bermain dengan anak-anak yang mempunyai sedikit kekayaan.


Anak-anak yang miskin terus ditutup kesempatan bagi mereka untuk bersekolah. Hanya kerana tiada duit untuk beli baju sekolah, kasut dan juga beg sekolah. Atas nama persahabatan, muncul seorang rakan yang sederhana hidupnya telah membuka mata si anak-anak miskin untuk bersekolah.


Dengan harapan dan keazaman yang kuat, inilah masa bagi anak-anak bukit ini keluar dari kepompong hidup kemiskinan mereka yang di warisi turun temurun. Mereka ke sekolah dengan baju yang lusuh dah terkoyak di celah ketiak, bergalaskan beg guni, beralaskan selipar getah yang kaki nya penuh dengan debu lumpur. Lantas di pandang hina di kelas mereka. 


Setiap bab dalam novel ni, di simpulkan dengan setiap pengajaran dan pengalaman baru dari hidup mereka. Okayy for closing, kehidupan dalam novel ni memang pelik dan tak pernah aku bayangkan dalam pikiran aku sendiri. Lepas ni nak jagi penggemar novel-novel genre macam ni pulak lah :)




note: hidup yang macam-macam. 

6 comments:

Sang Gabriel said...

tulisan dalam die tulisan indon ke cne?

sama kes mcm kanak-kanak india

Wani Ghazali said...

gabanMorka: Ha'ah ala-ala indon.

tapi tak de lah pekat sangat.

yg pasti baku laa.

kes anak-anak india tu ape ?

Sang Gabriel said...

sma la
dorg terlalu miskin tok sekolah
n kerajaan dorg pon xamik kisah sgt

roslinda sanusi said...

hehe..cam ne kesudahannya.. :D

Wani Ghazali said...

roslinda sanusi : wani tak habis baca lagi,

baru kat part tengah2 :)

FiNi Pelangi said...

indonesia banyak cerita2 mcm ni dear :)
try baca matahari di atas gilli,. sedih jugak,. lg sedih dari lasykar pelangi,. novel ni lama da keluar,.