Mar 25, 2011

Kawan karib


Kawan karib,

Semua orang ada kawan karib. Aku pun sama. Baik dari sekolah hinggalah kolej, bersusun kawan karib. Dalam pada ramai-ramai kawan karib, entah kenapa kau selalu melekat di hati dan ingatan aku.

Kawan karib,

Kita dah semakin jauh, tapi aku tak pernah lupakan kau. Dan aku harap kau juga begitu. Sejauh mana pun jarak memisahkan kita berdua, sedalam itu lah ingatan aku pada diri kau. *wah.wah !

Kawan karib,

Perkenalan kita secara tak di duga. Bertemu dalam satu ketidakpuasan hati. Bila kau mula mencari point secara tiba-tiba, langsung buat hati aku geram dan sakit hati. Dan dalam hati pulak berkata, "ehh.apahal pulak engkau !".

Kawan karib,

Semakin aku benci, semakin kau dekat. Dah jodoh, sebab tu lekat. Tapi hati tetap menyimpan dendam kesumat ! Nak saja aku cincang kau sampai lumat-lumat !

Kawan karib,

Tiba suatu hari, entah mana datang tebiat, aku mintak maaf pada kau. Sebab aku dah sedar aku seorang ego. Betul lah kata kau. Tapi, kau pun dua kali lima. Cuma aku tak baran macam kau. Apa pun, bermula hari tu, aku dah sematkan dalam hati ni, kau lah orang yang pasti :)

Kawan karib,

Kau lah yang paling memahami dari segala segi. Ayat kau aku takkan pernah lupa. "bila aku marah, kau redakan. bila kau marah, aku redakan pulak. bila aku sedih, kau pujukkan. bila kau sedih, aku pujukkan pulak. bila kita suka, kita ketawa lah sama-sama. bila kita sakit hati, kita bertumbuk lah berdua" (ayat ni entah kau pegang, entahkan tidak)

Kawam karib,

Aku tahu kau rasa apa yang aku rasa. Sebab aku pun rasa apa yang kau rasa. Dah memang kita berdua sama. Emosi yang selalu kita berdua dapat baca.

Kawan karib,

Aku rindu bila tiap-tiap malam kau akan nyanyikan lagu dan reka cerpen dongeng sampai aku terlelap. Kau tetap menyanyi dan bercerita sampai kau pun terlelap sama. Sungguh ! aku rindu situasi tu. cerpen dongeng paling best pernah kau reka tentang seorang perempuan berehat di pantai dan dikejar anjing. HAHA.

Kawan karib,

Satu perbezaan antara kita. Aku penakut tapi kau berani. Jadi, bila malam-malam aku mimpi ngeri, kau lah mangsa keadaan. Mangsa untuk temankan aku sampai ke pagi walaupun esok masing-masing ada tanggungjawab.

Kawan karib,

Boleh aku kata semua tu hanya tinggal memori. Sebab kau tersalah baca hati aku. Banyak-banyak yang kau baca, itu yang tak tepat. Jadi, apa pun dah tak sempat. Dan aku pun malas nak bagi tau jawapan yang tepat. Entah lah, last-last itu yang aku dapat.

Kawan karib,

Aku tak tahu siapa yang salah. Tapi biar lah aku saja yang mengalah. Jadi sorry sangat-sangat lah. Kalau kau harapkan aku yang dulu memang tak boleh dapat lah. Sebab aku tak dapat nak buang rasa terkilan atas sikap kau. Cuma aku mampu pura-pura macam kau kenal dulu.

Kawan karib,

Terima kasih. Tak kisah lah apa pun yang jadi. Rantai tu, aku akan jadikan bukti supaya kau buka mata :)


note: untuk kawan karib.

4 comments:

gabanMorka said...

siapakah itu?

haha

saja korek

btw, background polka dot ko sedikit mengganggu perkataan yg aku ingin baca

try adjust

hehe

WANIFIERDANI said...

itu kawan karib lah :)

alaa penat sudah aku mau adjust !

gabanMorka said...

aha

kan sng skit bca

hehe

WANIFIERDANI said...

ahaa. okayy teruskan membaca :)