Jun 14, 2011

Kalau dah nama berniaga tu, jangan lah menengking.


Assalamualaikum.

Wahh lama sangat tak update blog. Dah banyak tertinggal cerita-cerita sensasi dari blogger semua. Hihi. Ohh ya, nak bagitau ni. Sekarang aku ada bukak blogshop sendiri :) Nowadays, blogshop dah macam cendawan tumbuh kan. Dah jadi macam trend. Tapi, aku buat blogshop sendiri bukan untuk follow trend, tapi sebab minat. Hihi. Mehh la nak cerita sikit pasal blogshop aku ni. Aku just jual pakaian perempuan je tau. Contohnya macam dress, blouse, shawl, etc.. Tapi tak tahu lah kot-kot satu hari nanti, aku dapat idea jual pakaian lelaki plak. Hihi. Buat masa ni aku keluarkan item-item pre-loved dulu. Memang untung la siapa yg beli sebab most of them aku just pakai sekali je. For short, it still pretty new ! :) Tapi aku takmau publish blogshop aku sekarang. Next entry maybe. Sebabnya, aku belum update new stock lagi. Stock baru memang dah ada. Patung untuk display yg aku order yang belum sampai. So, tak dapat la main tangkap-tangkap gambar. So, just wait okay.. Enough for blogshop.

Okay, berbalik pada tajuk entry. Aku menyirap betol walaupun bukan kena pada batang hidung sendiri. Al kisahnya, pagi tadi lepas hantar adik ke sekolah, aku pun singgah la gerai ni sebab nak tapau bekfess. Time aku sampai tu, ramai org tgh tapau. So aku pun berdiri dan senyap la dulu ( kira macam tggu turn lah kan ) Disebabkan, yang tapau tu semua nya orang-orang yang nak pergi kerja. So, aku pun bagi la chance dorang potong Q aku.

Pastu, sambil2 tu aku tengok akak tu bungkus nasi lemak untuk si customer. Customer tu pulak Cina. Cina tu pun cakap la "Saya mau ayam peha aa" Akak tu pun cari la ayam peha macam cina tu nak, lepas tu "peha takde! atas peha ade rrr !!" Si akak penjual berkata dengan menengking. Aku macam terus jadi sakit hati. Dalam hati kate, apehal lah minah ni nak tengking2 customer. meroyan ! Yang si customer Cina tu pulak, tak dengar.. Die pun tanya lagi sekali.. "apa ?".. Kali ni akak tu jawab benda yang sama dengan tengkingan yang kuat dari tengkingan pertama tadi..

Aiiisehhh ! Aku lagi menyirap. Walaupun bukan tuju pada aku. Tapi aku pulak yang sakit hati lebih-lebih. Rasa nak bagi penampar pun ade pada akak tu. Yang aku pelik, muka Cina tu cool aje. Kalau aku lah jadi Cina tu memang dah lama aku cancel ! Lepas tu Cina tu ada hati pulak nak tanya lagi. Dia tanya "ini apa inti dalam?" Akak tu dengan muka masam + nak jeling2 pulak jawab "Temosa! Itu inti ikan duduk dalam !" Kali ni die jawab dengan muka kerek macam muka busy sangat layan customer and macam business maju sangat lah tu, nak kerek-kerek ! Tapi aku memang tabik la kat Cina tu. Sikit pun tak buat muka menyampah kat akak tu. Ke Cina tu takde perasaan, tu aku tak tau lah. HAHAHA.

Nasib la time turn aku, akak lagi satu yang tolong bungkuskan. Sampai sekarang ni, aku still terbayang-bayang muka kerek akak tu yang macam mintak penampar ! Haaiishh.. Geram pulak aku. Tu la kaum Melayu kita ni, baru bukak gerai kecik tepi jalan dah nak kerek-kerek. Dengan customer sendiri pulak tu. Apalah salahnye, di pagi hari yang damai tu.. muka tu kasi senyum sikit. Jangan masam mencuka. Lagi-lagi nak tengking orang tak pasal-pasal. Kan dah kena sumpah seranah dengan aku pagi-pagi.. Yang aku pulak, kan dah dapat dosa pagi-pagi :( Kita tengok pulak gaya orang Cina berniaga. Business besar gaban tapi takda pun nak kerek. Layan customer ramah tak mau hinggat ! Kan bagus camtu..

Lepas kejadian tu tadi, aku rasa macam takmau dah tapau bekkfess kat gerai tadi. Even makanan kat situ sedap dan menepati citarasa aku.. HIHI.. Apapun, pada sesiapa yang buat business, layan customer elok-elok ye.. :)

Last, nantikan kemunculan blogshop aku ye... :)

note: semoga murah rezeki aku berbusiness nanti :)


9 comments:

amai hamzah said...

heshh. kalau aku pon menyirap, tanya balik makcik tu, period ke ape? hahaha. oh, btw, sila jual baju yg menarik dan murah. hihi

Liza Razak said...

congratulations !! dah bukak blogshop sendiri..saya dah follow blogshop awak tau :)

Wani Ghazali said...

amai hamzah:

aku rase dah mmg tabiat die gitu kott.. insyaAllah babe. aku jual harga ikut quality :)

Wani Ghazali said...

Liza Razak:

HIHI. thanks sis... :)
semoga berjaya dgn blogshop sis jugak ye :)

okay said...

kak wani ,,,,
nati share lahh blogshop tu

Wani Ghazali said...

pejan:

ok dear, tggu patung sampai je ni..
hihi :)

Izzlorna said...

kalau penjual cenggitu, takde adab langsung lerr...haiishh kalau lorna, takde arr nak singgah lagi ;p

Wani Ghazali said...

Izzlorna:

HIHI. Wani pun malas nak singgah situ :)

AkuMuzikFilem said...

sangat setuju. typical meleis. perempuan la biasanya ni. haha. sama juga di pejabat kerajaan