May 14, 2011

Aku Gian.

Assalamualaikum.

Sebelum cerita apa-apa, aku nak ucapkan terima kasih pada Cik Bulat yang telah men-design blog aku ni. Aku suka sangat ! :) Tepat macam selera yang aku nak. Pada sape-sape yang nak tempah, boleh la ke blog Cik Bulat ye :) Design CB ni semua nya cantik-cantik bangat ! :)

Okay dah... Next...

Dalam pada kebosanan melanda sepanjang dah habis belajar ni, tiba-tiba rindu sangat nak ke Genting Highlands. Last aku pergi on february yg lepas dengan geng-geng se-praktikal. Nak ajak family ke sana, tentu- tentu lah tak mungkin sama sekali ! Sebab abah aku adalah seorang yang amat gayat dengan ketinggian. Jadi ! Abah akan tetap berkata " TIDAK " pada G.H... So selama ni aku hanya pergi dengan kawan-kawan je. Seronok ! :)

Berbalik pada tajuk entry, bila sebut pasal Genting Highlands... Yes, aku gian. Aku sangat gian nak naik benda alah ni. Tak tahu lah kenapa. Rasa macam nak pergi sana sekarang jugak, lepaskan gian pada benda alah tu pastu balik ! :)

Okay. Jangan pikir bukan-bukan :)  Aku gian nak naik...

1. Solero


Ni haa benda alah nya. Aku tau ramai yang tahu, tapi tak ramai yang pernah cuba. Kan.. kan ? :)  Act, aku bukan lah seorang yang berani nak naik benda-benda cam ni. 1st time aku naik pun sebab kena paksa dengan kawan aku. Mulanya memang tak nak layan, seram sejuk aku tengok. Takut ! Tapi, atas desakan kawan aku si sarah yang tak henti-henti mendesak + mood yang konon-konon tengah haru-biru... Aku pun layan lah benda ni. At 1st, aku naik memang aku pejam mata tak bukak-bukak. Hah kau ! rasa macam punggung tak jejak kerusi je bila solero tu keatas-kebawah ! Tapi bila dah naik sekali, rasa.. "aik, kejap nye ?".. Haa.. camtu lah rasa dia.. So bila dah pekena sekali, aku mesti la nak berkali-kali. Untuk kali yg seterusnya, aku dah tak tutup mata dah, bak kata kawan aku.. tak feel lah kalau tutup mata. Even, dah naik berkali-kali pun, untuk starting mesti aku akan rasa cuak dulu. HAHA.


2. Corkscrew


Okay, untuk yang ni pulak lagi lah aku super duper gian ! 1st time aku naik ni pun sebab kena paksa. HAHA. Di ulang sekali lagi, aku ni bukan lah insan yang berani. Jadi, time pertama kali aku naik tu, aku pejam mata jugak tapi bukan pejam terus. Kira macam pejam celik pejam celik la. HAHA. Aku punya lah takut sampai aku pegang kuat. Yang paling aku takut, bila tang kepala ke bawah ! Eee, serious takut ! Tapi bila dah habis, aku rasa macam... " ehh ! best gilerr ! ".. So, aku pun naik dan naik lagi.. :) yang ni tak sama macam solero, untuk berkali-kali nya aku naik tapi dah tak cuak pun :)

Okay, sekian.. Entry melepaskan gian ! :)


note: taubat aku tak nak naik cawan ribena, peningss !

10 comments:

amai hamzah said...

wahh best nya. aku pon x pernah smpi lg sane. asik cameron aje, bosan. haha

WANIFIERDANI said...

amai hamzah:

HIHI.

datang lah, release tension naik benda2 ni :)

gabanMorka said...

ko naik ribena pon xlepas......ceh

Edy Fee said...

solero tu sumpah best...kalau kat genting pkai name space shot ..love it

WANIFIERDANI said...

gabanMorka:

eleh, kau naik buai pun pening lalat nak muntah dah ;p

WANIFIERDANI said...

Edy Fee:

mmg best ! ;)

gabanMorka said...

darah terkumpul banyak kat kaki akibat momentum hayunan buaian, normallah tu

kurang2 aku serender kat tempat mencabar la gak

BUKAN RIBENA

DhiraFauzi™ said...

nak try lah nanti! hehe!

Liza Razak said...

macam mana pon corkscrew & space shot the best !! thrill tp lepas tuh mesti nk naik lg kan??

pejan said...

best gila main dua game ni. hahaah.
cam nak g lagi, tapi kalau murah takpe jugak an. leh g hari2. haha :))) SOLERO??? bkali2 main dlm mse yg sme. hahahaha.