Dec 30, 2011

Review Buku Fixi : Kelabu

Assalamualaikum.

Ye, aku tak penah-penah la nak buat review novel. Tapi hari ni aku rasa nak sangat buat review pasal buku ni... Actually, aku tak pernah dengar pasal Buku Fixi ni sampai lah pada hari kelmarin aku pegi lah Bookstore kat Popular. Sekali tengok buku ni aku interested dengan cover dia yang sempoi. At first, aku ingat buku ni buku tutorial untuk si photographer. KIKIKI. Rupanya, bukan laa seperti yang kusangka. Finally, aku pun beli lah buku ni atas sokongan member aku gabanMorka dan resultnya langsung tak menghampakan ! :) Langsung membuat aku ketagih dengan buku-buku Fixi ni.

Klik sini untuk sinopsis

Back to da story.. Amir (hero) dalam buku ni merupakan seorang freelance photographer. Seorang yang macho mungkin. Dikelilingi ramai perempuan yang senang dengan dia. Sangat rapat and share everything dengan abah (Dato' Rizwan) dia since mama dia tinggalkan family dia atas sebab tertentu. Yang penting, dia peminat fresh oren yang tegar. hihihi.

Shah. Dia adalah bff Amir since diorang belajar kat German. Sangat responsible, care enough pada Amir no matter what. Sama macam Dato' Rizwan, Shah adalah penyokong setia Amir dan tak pernah mempertikaikan apa yang Amir buat sekalipun tentang perhubungan Amir dengan Suhani dan Jun. Paling penting, Shah takde gf sebab sayang kat Amir. Huh ? Gay kah ?

My opinion is.. plot cerita yang amat menarik sebab pada mulanya korang takkan tahu siapa Amir sebenarnya. Sampaikan aku boleh bayang si Amir tu as AdiPutra (terbawak-bawak ttg Dhia) kikiki. Dah tebal buku tu aku baca, and boleh kata novel tu dah separuh, baru konflik terjadi kat situ. Time tu rasa nak jerit... haaa ???!! what happen!! (tp aku tak jerit pun). Hihihi.

And.. at the end of the story, semua konflik dah settle. Tapi kat sini takde ending kahwin hidup bahagia ehh macam tipikal novel cintan cintun. hihi. Cuma apa yang dapat di simpulkan.. Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Dan.. ada jugak la setitis dua airmata aku mengalir time nak ending tu.. Sebab ianya buat aku berfikir... tentang keredhaan Allah atas perbuatan kita di muka bumi ini..

" Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu sudah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaklah kamu berharap. " Surah Al Inshirah, ayat 5-8.


note: Belilah ! Tak rugi :) Now, Im reading Tabu..


2 comments:

DhiraZie™ said...

cam best je sinopsis dia.. dri dlu mmg tertarik dgn buku2 camni.. smnjak tgk buku dayah che ali tajuk kougar tu.. tp tak pernah terniat nak beli lagi.. :)

nadia khan said...

terima kasih sudi mengulas =) cerita ni untuk semua, jadi harapnya ulasan ni dapat buat semua orang terpanggil untuk baca cerita ni..

terus menyokong fixi!